Muat Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Melayu (KOD: 1103), Pendidikan Islam (KOD: 1223), Pendidikan Moral (KOD: 1225), Sejarah (KOD: 1249), Matematik (KOD: 1449), Sains (KOD: 1511), Geografi (KOD: 2280), Pendidikan Seni Visual (KOD: 2611), Matematik Tambahan (KOD: 3472), Bahasa Cina (KOD: 6351), Bahasa Tamil (KOD: 6354), Bahasa Inggeris Yang Dijajarkan Kepada CEFR (KOD: 1119) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.
Dalam perekaan bentuk format
pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum sangat diberikan keutamaan. Oleh
sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan
kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).
Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan
dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus
khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir,
iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan
pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard
kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya
menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran
ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.
Buku
Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Melayu (KOD: 1103), Pendidikan Islam (KOD:
1223), Pendidikan Moral (KOD: 1225), Sejarah (KOD: 1249), Matematik (KOD: 1449),
Sains (KOD: 1511), Geografi (KOD: 2280), Pendidikan Seni Visual (KOD: 2611), Matematik
Tambahan (KOD: 3472), Bahasa Cina (KOD: 6351), Bahasa Tamil (KOD: 6354), Bahasa
Inggeris Yang Dijajarkan Kepada CEFR (KOD: 1119)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan dengan
hasrat untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru,
ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung
dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan
bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk
memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga
kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan
format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai
hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Di bawah, muat turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai
2021 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Melayu (KOD: 1103) --- KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Pendidikan Islam (KOD: 1223) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Pendidikan Moral (KOD: 1225) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Sejarah (KOD: 1249) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Matematik (KOD: 1449) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Sains (KOD: 1511) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Geografi (KOD: 2280) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Pendidikan Seni Visual (KOD: 2611)
---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Matematik Tambahan (KOD: 3472) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Cina (KOD: 6351) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Tamil (KOD: 6354) ---KLIK
Muat
Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai 2021 Bahasa Inggeris (KOD: 1119) ---KLIK
Ini adalah maklumat mengenai
Muat Turun Buku Format Pentaksiran SPM Mulai
2021 Bahasa Melayu (KOD: 1103), Pendidikan Islam (KOD: 1223), Pendidikan Moral (KOD:
1225), Sejarah (KOD: 1249), Matematik (KOD: 1449), Sains (KOD: 1511), Geografi
(KOD: 2280), Pendidikan Seni Visual (KOD: 2611), Matematik Tambahan (KOD: 3472),
Bahasa Cina (KOD: 6351), Bahasa Tamil (KOD: 6354), Bahasa Inggeris Yang
Dijajarkan Kepada CEFR (KOD: 1119)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Semoga ada faedah,
terima kasih.
Format biologi 2021 tiada lagi ke?