>

Buku Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


Muat Turun Buku Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pendekatan pedagogi yang melibatkan murid berfikir melalui Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah dilaksanakan di sekolah mulai tahun 1994. Pada tahun 2010, KBKK diperluaskan dengan memperkenalkan elemen merentas kurikulum kreativiti dan inovasi. Usaha ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam PPPM (2013-2025)


Selaras dengan anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global, usaha membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid perlu diberi penekanan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

 

Buku teks sekolah menengah sedia ada adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selaras dengan pelaksanaan KBAT sebagai satu usaha kesinambungan KBKK, Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu guru dan murid mengenal pasti elemen KBAT dalam buku teks KBSM serta memberi panduan kepada guru dan murid dalam aspek penyediaan bahan sokongan KBAT.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya menerbitkan Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Penerbitan panduan ini bertujuan memberi bantuan kepada guru mencetuskan pemikiran murid ke arah KBAT berdasarkan kemahiran yang terkandung di dalam buku teks.

 

Dalam usaha membangunkan modal insan minda kelas pertama, penguasaan KBAT oleh murid adalah penting untuk melatih mereka pada peringkat sekolah agar dilengkapi dengan pengalaman dan kemahiran yang sesuai untuk menangani masalah kehidupan seharian yang semakin kompleks.

 

Buku teks KBSM sebenarnya telah mengandungi elemen KBAT tetapi tidak dijelmakan secara eksplisit. Dalam Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks KBSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ini, sebanyak lapan mata pelajaran terpilih sebagai rujukan pengaplikasian KBAT.

 

Buku Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ini disediakan untuk membantu guru dan murid:

·          mengenal pasti kandungan yang mempunyai elemen KBAT dalam buku teks dan mengaplikasikannya dalam P&P.

·          mengadaptasi kandungan buku teks melalui P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran berfikir murid.

·          membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama murid.

 

Muat Turun Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (KLIK)

 

Ini adalah maklumat mengenai Muat Turun Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Tahap 4 dan Tahap 5 (KBSM). Semoga ada faedah, terima kasih.



Post a Comment

Maaf, Komentar yang disertai Link Aktif akan terhapus oleh sistem

Previous Post Next Post


































Free site counter


































Free site counter